Dalam perniagaan, berilah pilihan kepada pelanggan anda.
Sekiranya produk anda mahal, beri pilihan untuk versi produk anda yang murah.
Sebaliknya, sekiranya produk anda murah, beri pilihan produk anda yang telah dipakejkan dengan produk yang lain untuk menjadikannya mahal.
Di Internet, sering digunakan teknik ini di mana sesuatu perkhidmatan itu dibuat dalam beberapa ruang harga, contoh: Bronze Package (murah), Silver Package (sederhana) dan Gold Package (mahal). Sebenarnya, teknik ini juga sering digunakan pada perniagaan bukan Internet, contoh: Pakej Bayaran Handphone “Talk Time” dari syarikat pembekal telekomunikasi seperti Maxis, Digi & Celcom.
Dengan memberi pilihan macam ni, bukan sahaja dapat menarik mereka yang tidak mampu membeli produk dengan menyediakan versi yang lebih murah, tetapi anda juga dapat menarik golongan yang berkemampuan untuk “upgrade”kan perkhidmatan mereka pada ruang harga yang lebih tinggi.
Inilah salah satu lagi cara menduplikasikan keuntungan perniagaan anda!



ermm…good info…terima kasih aji…
rugi betui la x dpt ngeteh bncg hal bisnes ngan bro aritu…xper2…blk nnti kt ngeteh same..hehe