
Kesungguhan Lewis Hamilton untuk muncul juara termuda & pelumba kulit hitam pertama yang menjuarai Formula Satu musim ni memang saya kagumi. Bayangkan kejuaraan pertama beliau diraih dengan penuh dramatik dengan memotong pada selekoh terakhir pada perlumbaan terakhir F1 di Litar Sao Paolo, Brazil awal pagi tadi.
Apa yang mendorong anda untuk berjaya? Ialah keinginan, kesungguhan & keyakinan yang sangat-sangat tinggi. Harus diingat, Lewis Hamilton hanya berjaya menduduki di tempat kedua musim lalu apabila tewas kepada pelumba Ferrari, Kimi Raikonnen hanya dengan perbezaan 1 mata. Juga pada perlumbaan terakhir.
Biarpun apa juga rintangan yang dihadapi di depan anda, biarpun semuanya seolah-olah ianya bakal berakhir dengan kegagalan tapi jika anda mempunyai ketiga-ketiga elemen tadi, InsyaAllah, kejayaan pasti milik anda.
Foto © telegraph.co.uk

