Mengapa beli Samsung Tab A8.0 2019

Anda nak tahu? Dah lama saya idamkan sebuah tablet. Baru sekarang hajat tercapai. Sebab ianya senang nak bawa kemana-mana. Mulanya nak beli samsung tab a 7 inci tetapi nasib memang baik sebab samsung keluarkan tablet baru untuk tahun 2019.

Boleh cari di Lazada dan Shoopee. Tapi kena sabar cari penjual yang sudah banyak jual unit tab dan review dari pembeli pun mesti yang banyak positif. Kelebihan beli di Lazada boleh buat ansuran. Setiap barang RM500 keatas saja yang boleh bayar ansuran selama 6 bulan tanpa faedah. Tetapi hanya dengan kad kredit Maybank yang boleh buat macam tu. Kalau bank lain tak pasti sebab waktu buat bayaran, tiada pula pilihan untuk guna kad dari bank lain. Harga seunit dalam RM527.00

Sebelum tu jumpa pulak Samsung Tab A 8.0 bersama S Pen. Harga pulak dah cecah RM900.00 tetapi beza banyak sangat kalau nak guna S Pen… mungkin bila dah serius guna Tab ni boleh rasanya upgrade yang ada S Pen.

Bateri pula memang tahan lama 5100 mAh. Memori yang diberi 32GB. RAM 2GB.

Walaumacamana pun rasa memang puas hati dapat beli Tab 8 inci dengan harga lima ratus lebih. Jenama pun Samsung..siap dapat waranti dari Samsung Malaysia. Ansuran pun tanpa faedah. Sebulan bayar RM87.83 selama 6 bulan. Penghantaran dalam 5 hari. Tempahan pada 28 Sept malam… dapat barang pula pada 2 Oktober.

Oh ya…artikel ini juga ditulis guna Samsung Tab A yang baru saja dibeli…😊Dapatkan di Lazada