Cara matikan alarm kereta Perodua Viva

Pernah tak bateri alarm Perodua Viva anda habis atau alarm rosak?

Berlaku pada saya sewaktu ke dobi layan diri, selesai baju semua dikeringkan. Bila nak masuk kereta penggera (alarm) tak berfungsi. Tekan punya tekan remote alarm, pintu masih terkunci juga.

Kalau buka pintu mesti alarm akan menjerit. Dulu ketika guna proton ada butang bawah dashboard nak matikan alarm tetapi dalam kereta perodua tiada pula butang tu.

Jadi nak senang google lah cara nak masuk kereta bila alarm tak berfungsi. Akhirnya jumpa juga macamana nak selesaikan masalah ni. Cara tu mudah saja…

  1. Cuma buka pintu guna kunci kereta, walaupun alarm sedang berbunyi buka saja daun pintu
  2. Terus masukkan kunci ke lubang kunci dan ON suis.
  3. Sesudah itu tekan pedal brek.

Alarm akan berhenti, hidupkan enjin seperti biasa.

Dah selesai masalah ni jangan lupa pulak untuk gantikan bateri yang baru ya!

Boleh beli kunci pendua di Lazada