0

Memilih Hosting

Setelah anda sudah membeli nama domain anda perlu dapatkan khidmat hosting.  Perlu saya ingatkan kebiasaannya nama domain yang anda beli dari syarikat domain sebelum ini juga ada menyediakan khidmat hosting untuk pelanggan mereka.

Anda hanya perlu memilih pakej yang sesuai dengan bajet anda dan juga kegunaan web anda samada anda ingin membina blog  personal atau perniagaan atau pun web kedai online.

Hosting boleh dianggap sebagai rumah atau bangunan manakala domain adalah alamat rumah. Jika kita mencari rumah kawan sudah pasti kita mencari alamat rumah dan kemudian akan menjumpai rumah itu kemudiannya.

Hosting perlu disewa atau dibayar dalam tempoh tertentu. Ada penyedia hosting sediakan pakej bayaran untuk sebulan, 3 bulan, 6 bulan atau 12 bulan. Ada juga yang sediakan pakej lebih dari 1 tahun dan ia sesuai untuk syarikat-syarikat korporat yang besar.

Contohnya www.rashid.my adalah alamat rumah saya sebab setiap pelawat yang datang akan dapat melihat alamat rumah atau alamat web saya. Manakala semua data di alamat web saya disimpan di dalam host (rumah). Tanpa hosting tak mungkin saya dapat membina website. Akan tetapi anda boleh saja guna web percuma seperti www.blogspot.my atau www.wordpress.com

Anda boleh mengarah atau “redirect” nama domain ke hosting percuma tersebut. Sebelum berbuat demikian anda tanya dahulu penyedia hosting anda adakah mereka boleh membantu anda redirect nama domain anda ke blogspot dan sebagainya. Kebanyakan pakej hosting tersedia dengan fungsi “nameserver” yang boleh dikonfigurasi oleh pelangan mereka sendiri.

Lazimnya orang akan membina blog untuk kegunaan personal. Oleh itu diskspace yang digunakan tak perlu besar tetapi jika anda ingin mulakan kedai online dalam web anda maka anda perlu dapatkan diskspace yang lebih besar untuk web tersebut. Untuk permulaan saya sendiri menyewa diskspace dalam 10mb sahaja  dan hanya membayar RM9.00 setahun dari sempoihosting. Pakej yang disediakan oleh pihak sempoihosting sangat flexible dan sesuai untuk yang mula berjinak dengan dunia internet ini.

Apabila ada keperluan untuk menambah maka saya akan upgrade ke diskspace yang lebih besar. Anda boleh juga buat research tentang harga dan khidmat hosting dengan syarikat hosting sedia ada dari segi harga dan juga diskspace. Malah cuba perhatikan servis emel yang disediakan. Baca review dari pelanggan  menengenai servis mereka sedikit sebanyak dapat memberi gambaran tentang khidmat syarikat hosting itu.

Oleh itu pilihlah syarikat penyedia hosting yang berpengalaman seperti sempoihosting, exabytesprofithoster dan juga jomhosting. Sebabnya agar tiada gangguan dan server offline.  Tentu tidak seronok jika website atau blog anda mengalami gangguan tatkala pelawat masuk ke web anda. Keadaan ini akan mengurangkan keyakinan pelawat terhadap website dan blog anda. .

Lebih ramai pelawat ke web anda maka ranking web anda juga akan mudah diindeks oleh enjin carian Google.

Oh ya..! Setiap penyedia hosting ada menawarkan promosi dalam waktu terhad, jadi anda perlu subscribe newletter mereka untuk dapatkan promosi terbaru yang ditawarkan.

 

Facebook Comments

rashid

Leave a Reply

Your email address will not be published.