0

Apakah perbezaan blog dan website

 

Apa perbezaan blog dan website?

Blog merupakan laman web yang sentiasa dikemaskini kandungan atau bahan penulisan oleh pemilik blog itu. Kandungan dalam blog boleh menjadi topik khusus begitu juga boleh  mempunyai kandungan yang pelbagai sebagai panduan dan maklumat kepada sesiapa yang sedang mencari maklumat tersebut. Manakala website pula adalah laman web yang statik seperti sales pages atau squeze page iaitu  fungsinya untuk mendapat langganan dari pelawat website itu. Ia juga berfungsi untuk mengumpul database langganan emel pemilik website itu. Maklumat pada website lebih kepada iklan sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Terdapat juga blog yang disatukan dengan website. Misalnya seorang pelawat akan diminta mengisi alamat emel dan nama sebelum dapat mengakses blog berkenaan.

Apabila hendak bermula membina blog atau website kita harus mempunyai nama domain untuk blog yang bermula dengan www.namadomain.com misalnya seperti www.asus.com  www.google.com dan  www.casio.com

Domain adalah nama unik yang diberi untuk komputer mengenali  nama server web atau emel server di internet. Ia memudahkan pengguna untuk akses laman web tertentu dengan menaip alamat  laman web tersebut. Domain ini kadangkala dikenali sebagai URL (Uniform Resource Locator).

Ingat..! nama domain hanya boleh dimiliki oleh seorang pemilik atau sebuah organisasi sahaja di dunia oleh itu anda harus cepat memilih dan memiliki nama domain sendiri sebelum ia dimiliki oleh orang lain. Sepertimana alamat emel yang anda gunakan sekarang jika ia sudah diperolehi orang maka terpaksalah anda mengubahsuai nama atau alamat emel anda kepada yang lebih sesuai dengan diri anda.

Terdapat blog dan website percuma dan juga berbayar yang boleh anda pertimbangkan.

Anda boleh memiliki blog di blogspot.com atau wordpress.com secara percuma sahaja namun ia tidak begitu kelihatan profesional jika anda seorang usahawan. Cuba bayangkan jika anda seorang peniaga buku  .. alamat web percuma mungkin kelihatan seperti www.buku.blogspot.com atau www.buku.wordpress.com tetapi alamat web anda boleh tampak lebih profesional dengan www.buku.com atau www.buku.net

Anda boleh menambah nama pada domain anda seperti www.bukumurah.com atau www.bukuresepi.com supaya lebih mencerminkan perniagaan yang anda jalankan.

Anda boleh beli domain dari syarikat hosting tempatan seperti :-

  1. Sempoihosting.com
  2. Jomhosting.net
  3. Profithoster

Terdapat juga hosting luarnegara seperti www.hostgator.com dan juga bluehost.com

Pastikan anda meneliti pakej yang disediakan samada sesuai dengan bajet  dan tujuan anda membina blog dan website.

Dengan penerangan yang serba ringkas ini berharap agar anda mendapat sedikit ilham untuk memiliki sebuag blog ataupun website.

 

Facebook Comments

rashid

Leave a Reply