0

Replika Makanan

Shokuhin atau sampuru

Kedua dua nya berasal dari Bahasa Jepun yang bermaksud replika makanan atau pun model plastic makanan. Di Malaysia kita sering mendengar tentang beras tiruan, telur tiruan, kobis tiruan yang sering diterima melalui media sosial. Semua maklumat itu memberi amaran agar kita semua berhati-hati dengan produk tiruan tersebut. Dari situ timbul rasa ingin tahu terhadap produk tiruan tersebut, misalnya bagaimana ia dibuat dan bahan yang digunakan untuk menghasil produk tiruan.

Jadi… hasil dari sedikit pencarian di internet, maklumat yang ditemui menceritakan bahawa makanan tiruan ini adalah hasil seni yang digunakan dalam industri makanan di Jepun. Bermula sejak 100 tahun yang lalu tujuan asal adalah untuk memberi pilihan kepada pelanggan  memilih menu yang dapat dilihat rupa siap sesuatu makanan dan hidangan tertentu. Jika dibandingkan rupa menu tradisional dimana pelanggan harus membaca teks dengan menu yang berupa hidangan yang telah siap sudah tentu teknik sampuru ini memberi impak pada selera pelanggan. Malah pelanggan dapat menempah hidangan yang diingini dengan mudah sebab pelannggan dapat melihat sendiri hasil atau rupa hidangan yang siap sepenuhnya dari tempahan mereka.

fake food

Foto kredit designmadeinjapan.com

Bahan yang digunakan terdiri dari polyvinyl  chloride kerana ia mudah dibentuk mengikut citarasa pembuat replika makanan itu. Dahulu wax bahan pilihan untuk membuat replika makanan tetapi wax akan terkesan dari haba yang panas. Ianya mudah dicuci jika berhabuk supaya Nampak segar dan menyelerakan.

Sekarang ini anda dapat lihat di sesetengah restoran di Malaysia juga ada yang gunakan teknik makanan replika ini.

Sumber dari fakefoodjapan.com, designmadeinjapan.com

 

0

Memilih Hosting

Setelah anda sudah membeli nama domain anda perlu dapatkan khidmat hosting.  Perlu saya ingatkan kebiasaannya nama domain yang anda beli dari syarikat domain sebelum ini juga ada menyediakan khidmat hosting untuk pelanggan mereka.

Anda hanya perlu memilih pakej yang sesuai dengan bajet anda dan juga kegunaan web anda samada anda ingin membina blog  personal atau perniagaan atau pun web kedai online.

Hosting boleh dianggap sebagai rumah atau bangunan manakala domain adalah alamat rumah. Jika kita mencari rumah kawan sudah pasti kita mencari alamat rumah dan kemudian akan menjumpai rumah itu kemudiannya.

Hosting perlu disewa atau dibayar dalam tempoh tertentu. Ada penyedia hosting sediakan pakej bayaran untuk sebulan, 3 bulan, 6 bulan atau 12 bulan. Ada juga yang sediakan pakej lebih dari 1 tahun dan ia sesuai untuk syarikat-syarikat korporat yang besar.

Contohnya www.rashid.my adalah alamat rumah saya sebab setiap pelawat yang datang akan dapat melihat alamat rumah atau alamat web saya. Manakala semua data di alamat web saya disimpan di dalam host (rumah). Tanpa hosting tak mungkin saya dapat membina website. Akan tetapi anda boleh saja guna web percuma seperti www.blogspot.my atau www.wordpress.com

Anda boleh mengarah atau “redirect” nama domain ke hosting percuma tersebut. Sebelum berbuat demikian anda tanya dahulu penyedia hosting anda adakah mereka boleh membantu anda redirect nama domain anda ke blogspot dan sebagainya. Kebanyakan pakej hosting tersedia dengan fungsi “nameserver” yang boleh dikonfigurasi oleh pelangan mereka sendiri.

Lazimnya orang akan membina blog untuk kegunaan personal. Oleh itu diskspace yang digunakan tak perlu besar tetapi jika anda ingin mulakan kedai online dalam web anda maka anda perlu dapatkan diskspace yang lebih besar untuk web tersebut. Untuk permulaan saya sendiri menyewa diskspace dalam 10mb sahaja  dan hanya membayar RM9.00 setahun dari sempoihosting. Pakej yang disediakan oleh pihak sempoihosting sangat flexible dan sesuai untuk yang mula berjinak dengan dunia internet ini.

Apabila ada keperluan untuk menambah maka saya akan upgrade ke diskspace yang lebih besar. Anda boleh juga buat research tentang harga dan khidmat hosting dengan syarikat hosting sedia ada dari segi harga dan juga diskspace. Malah cuba perhatikan servis emel yang disediakan. Baca review dari pelanggan  menengenai servis mereka sedikit sebanyak dapat memberi gambaran tentang khidmat syarikat hosting itu.

Oleh itu pilihlah syarikat penyedia hosting yang berpengalaman seperti sempoihosting, exabytesprofithoster dan juga jomhosting. Sebabnya agar tiada gangguan dan server offline.  Tentu tidak seronok jika website atau blog anda mengalami gangguan tatkala pelawat masuk ke web anda. Keadaan ini akan mengurangkan keyakinan pelawat terhadap website dan blog anda. .

Lebih ramai pelawat ke web anda maka ranking web anda juga akan mudah diindeks oleh enjin carian Google.

Oh ya..! Setiap penyedia hosting ada menawarkan promosi dalam waktu terhad, jadi anda perlu subscribe newletter mereka untuk dapatkan promosi terbaru yang ditawarkan.

 

0

Tip Memilih Domain

Baiklah.. memang tidak dapat dinafikan bila hendak memilih nama, tidak kira nama apa pun akan memeningkan kepala. Tidak mengapa begitu sebab kita sedang berusaha sungguh-sungguh mencari nama yang paling sesuai mungkin untuk anak yang bakal lahir mahupun nama perniagaan.

Kenapa perlu susah payah kan..

Apa ada pada nama?

Nama itu akan menjadi sebahagian dari diri kita atau pun perniagaan yang diusahakan kita. Dengan nama juga orang akan mengenali siapa kita dan apa yang kita buat (samada perniagaan, aktiviti, hobi, sukan, profession dan lain-lain)

Domain yang ada akhiran yang baik masa kini adalah akhiran seperti dot com( .com) dan dot net (.net) adalah contoh terbaik. Apabila kita mencari sesuatu pasti kita akan menaip dengan akhiran dot com. Sebab itu lah ramai yang akan cuba mencari domain dengan katakunci yang popular di enjin carian dengan akhiran dot com. Ianya akan nampak lebih professional dan mudah diingati serta ringkas. Daripada memilih domain percuma saya memilih untuk membeli domain dengan nama sendiri dan bertindak memilikinya sebelum diambil oleh orang lain.

Saya pernah cuba mendapatkan nama domain www.rashid.com tetapi ia sudah dimiliki sebuah syarikat musik di Amerika Syarikat. Cuba pula www.rashid.net itu pun sudah dimiliki seseorang. Pilihan terakhir saya adalah www.rashid.my dengan akhiran dot my (.my). Dalam erti kata lain domain www.rashid.my hanya boleh dimiliki oleh seseorang pada satu-satu masa dan orang itu adalah saya sendiri. Alhamdulilah.! Sebenarnya tidak salah memiliki website dengan akhiran dot biz (.biz) atau dot info(.info) ataupun dot org(.org) selagi anda mempunyai alasan kukuh misalnya website untuk syarikat siaran televisyen boleh memilih untuk mempumyai website dengan dot tv(.tv)

Pastikan juga nama domain anda tidak mengelirukan seperti dibawah ini

  1. www.sitiaisyah.com dengan www.ctaisyah.com
  2. www.komputer4u.com dengan  www.komputerforyou.com

Oleh itu elakkanlah nama domain yang mempunyai sebutan yang sama tetapi ejaan yang berbeza seboleh-bolehnya. Contoh-contoh ejaan yang tidak sama  tetapi mempunyai sebutan yang berbunyi sama  seperti dibawah ini:-

“ai” atau “ay” atau ” i ”

“mi” atau “mee” atau “me”

“you” atau “u”

“shah” atau “syah”

“syed” atau “said”

“mat” atau “md” atau “mad”

Jika anda menyebut nama domain di atas akan bunyi yang sama sitiaisyah.com dan ctaisyah.com walhal jika ditaip domain itu ia mempunyai huruf yang berlainan. Tetapi jika anda punyai syarikat besar seperti Maybank dimana nama domain adalah www.maybank2u.com ia tidak menjadi hal kerana syarikat-syarikat besar melakukan marketing pada skala yang besar juga tanpa kekangan dalam bentuk kewangan.

Lebih pendek nama domain lebih mudah diingati jadi saya nasihatkan anda memilih nama domain yang pendek sahaja supaya memudahkan orang untuk diingati.

Satu lagi kelebihan yang boleh saya kongsi adalah kita boleh memiliki emel sendiri seperti alamat emel saya ini … emelsaya@rashid.my  malah kita boleh membuat emel lain jika perlu tetapi ini bergantung pakej hosting yang anda beli. Sesetengah hosting menawarkan “unlimited email” untuk pelanggan mereka.  Saya lebih gemar memilih syarikat hosting yang dimiliki oleh saudara Mohd Suhaimy Abu Bakar atau lebih dikenali dengan Shuth. Beliau pengasas forum WangCyber.com dan juga laman klikjer.com yang menjadi sebab utama kenapa saya memilih untuk membeli domain di SempoiHosting.com

p.s. memilih domain dengan katakunci atau keyword yang sesuai juga  dapat membantu website anda dipaparkan di tempat teratas di enjin carian.

sumber: sempoihosting

 

0

Apakah perbezaan blog dan website

 

Apa perbezaan blog dan website?

Blog merupakan laman web yang sentiasa dikemaskini kandungan atau bahan penulisan oleh pemilik blog itu. Kandungan dalam blog boleh menjadi topik khusus begitu juga boleh  mempunyai kandungan yang pelbagai sebagai panduan dan maklumat kepada sesiapa yang sedang mencari maklumat tersebut. Manakala website pula adalah laman web yang statik seperti sales pages atau squeze page iaitu  fungsinya untuk mendapat langganan dari pelawat website itu. Ia juga berfungsi untuk mengumpul database langganan emel pemilik website itu. Maklumat pada website lebih kepada iklan sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Terdapat juga blog yang disatukan dengan website. Misalnya seorang pelawat akan diminta mengisi alamat emel dan nama sebelum dapat mengakses blog berkenaan.

Apabila hendak bermula membina blog atau website kita harus mempunyai nama domain untuk blog yang bermula dengan www.namadomain.com misalnya seperti www.asus.com  www.google.com dan  www.casio.com

Domain adalah nama unik yang diberi untuk komputer mengenali  nama server web atau emel server di internet. Ia memudahkan pengguna untuk akses laman web tertentu dengan menaip alamat  laman web tersebut. Domain ini kadangkala dikenali sebagai URL (Uniform Resource Locator).

Ingat..! nama domain hanya boleh dimiliki oleh seorang pemilik atau sebuah organisasi sahaja di dunia oleh itu anda harus cepat memilih dan memiliki nama domain sendiri sebelum ia dimiliki oleh orang lain. Sepertimana alamat emel yang anda gunakan sekarang jika ia sudah diperolehi orang maka terpaksalah anda mengubahsuai nama atau alamat emel anda kepada yang lebih sesuai dengan diri anda.

Terdapat blog dan website percuma dan juga berbayar yang boleh anda pertimbangkan.

Anda boleh memiliki blog di blogspot.com atau wordpress.com secara percuma sahaja namun ia tidak begitu kelihatan profesional jika anda seorang usahawan. Cuba bayangkan jika anda seorang peniaga buku  .. alamat web percuma mungkin kelihatan seperti www.buku.blogspot.com atau www.buku.wordpress.com tetapi alamat web anda boleh tampak lebih profesional dengan www.buku.com atau www.buku.net

Anda boleh menambah nama pada domain anda seperti www.bukumurah.com atau www.bukuresepi.com supaya lebih mencerminkan perniagaan yang anda jalankan.

Anda boleh beli domain dari syarikat hosting tempatan seperti :-

  1. Sempoihosting.com
  2. Jomhosting.net
  3. Profithoster

Terdapat juga hosting luarnegara seperti www.hostgator.com dan juga bluehost.com

Pastikan anda meneliti pakej yang disediakan samada sesuai dengan bajet  dan tujuan anda membina blog dan website.

Dengan penerangan yang serba ringkas ini berharap agar anda mendapat sedikit ilham untuk memiliki sebuag blog ataupun website.