Siapa saya

Sebenarnya tiada apa yang hebat sangat tentang diri ini cuma minat untuk wujudkan sebuah blog sendiri sudah lama terpendam. Lebih-lebih lagi teknik-teknik untuk membina sebuah website.

Tahun 2012 saya pernah sertai kelas Irfan Khairi. Dari situ saya mula kenali dunia perniagaan dalam internet. Istilah seperti IM(internet marketer), copy/content writing, webmaster, blog, landing page, email marketing dan macam-macam lagi istilah yang jarang didengari mula saya ambil tahu.

Dari situ saya berjinak-jinak meniaga di internet. Selepas berjaya habiskan stok pertama… saya berhenti dulu dalam aktiviti berniaga di internet. Sebabnya saya perlukan modal untuk membeli secara pukal dari kilang. Kos agak tinggi juga tau.

Saya mula cari idea lain untuk perolehi pendapatan dari internet. Cakap saja tak cukup maka wujudlah blog ini sebagai salah satu saluran saya melatih diri untuk menulis dan membaiki teknik “content writing”.

Biarlah saya belajar walau dari kesilapan sekali pun. Saya harus buat blog ini dari hanya duduk diam berpeluk tubuh. Barulah ada pengalaman kan…. Mungkin juga satu pengembaraan ke alam maya.

Jadi itulah serba ringkas tentang siapa saya.