0

Tip Memilih Domain

Baiklah.. memang tidak dapat dinafikan bila hendak memilih nama, tidak kira nama apa pun akan memeningkan kepala. Tidak mengapa begitu sebab kita sedang berusaha sungguh-sungguh mencari nama yang paling sesuai mungkin untuk anak yang bakal lahir mahupun nama perniagaan.

Kenapa perlu susah payah kan..

Apa ada pada nama?

Nama itu akan menjadi sebahagian dari diri kita atau pun perniagaan yang diusahakan kita. Dengan nama juga orang akan mengenali siapa kita dan apa yang kita buat (samada perniagaan, aktiviti, hobi, sukan, profession dan lain-lain)

Domain yang ada akhiran yang baik masa kini adalah akhiran seperti dot com( .com) dan dot net (.net) adalah contoh terbaik. Apabila kita mencari sesuatu pasti kita akan menaip dengan akhiran dot com. Sebab itu lah ramai yang akan cuba mencari domain dengan katakunci yang popular di enjin carian dengan akhiran dot com. Ianya akan nampak lebih professional dan mudah diingati serta ringkas. Daripada memilih domain percuma saya memilih untuk membeli domain dengan nama sendiri dan bertindak memilikinya sebelum diambil oleh orang lain.

Saya pernah cuba mendapatkan nama domain www.rashid.com tetapi ia sudah dimiliki sebuah syarikat musik di Amerika Syarikat. Cuba pula www.rashid.net itu pun sudah dimiliki seseorang. Pilihan terakhir saya adalah www.rashid.my dengan akhiran dot my (.my). Dalam erti kata lain domain www.rashid.my hanya boleh dimiliki oleh seseorang pada satu-satu masa dan orang itu adalah saya sendiri. Alhamdulilah.! Sebenarnya tidak salah memiliki website dengan akhiran dot biz (.biz) atau dot info(.info) ataupun dot org(.org) selagi anda mempunyai alasan kukuh misalnya website untuk syarikat siaran televisyen boleh memilih untuk mempumyai website dengan dot tv(.tv)

Pastikan juga nama domain anda tidak mengelirukan seperti dibawah ini

  1. www.sitiaisyah.com dengan www.ctaisyah.com
  2. www.komputer4u.com dengan  www.komputerforyou.com

Oleh itu elakkanlah nama domain yang mempunyai sebutan yang sama tetapi ejaan yang berbeza seboleh-bolehnya. Contoh-contoh ejaan yang tidak sama  tetapi mempunyai sebutan yang berbunyi sama  seperti dibawah ini:-

“ai” atau “ay” atau ” i ”

“mi” atau “mee” atau “me”

“you” atau “u”

“shah” atau “syah”

“syed” atau “said”

“mat” atau “md” atau “mad”

Jika anda menyebut nama domain di atas akan bunyi yang sama sitiaisyah.com dan ctaisyah.com walhal jika ditaip domain itu ia mempunyai huruf yang berlainan. Tetapi jika anda punyai syarikat besar seperti Maybank dimana nama domain adalah www.maybank2u.com ia tidak menjadi hal kerana syarikat-syarikat besar melakukan marketing pada skala yang besar juga tanpa kekangan dalam bentuk kewangan.

Lebih pendek nama domain lebih mudah diingati jadi saya nasihatkan anda memilih nama domain yang pendek sahaja supaya memudahkan orang untuk diingati.

Satu lagi kelebihan yang boleh saya kongsi adalah kita boleh memiliki emel sendiri seperti alamat emel saya ini … emelsaya@rashid.my  malah kita boleh membuat emel lain jika perlu tetapi ini bergantung pakej hosting yang anda beli. Sesetengah hosting menawarkan “unlimited email” untuk pelanggan mereka.  Saya lebih gemar memilih syarikat hosting yang dimiliki oleh saudara Mohd Suhaimy Abu Bakar atau lebih dikenali dengan Shuth. Beliau pengasas forum WangCyber.com dan juga laman klikjer.com yang menjadi sebab utama kenapa saya memilih untuk membeli domain di SempoiHosting.com

p.s. memilih domain dengan katakunci atau keyword yang sesuai juga  dapat membantu website anda dipaparkan di tempat teratas di enjin carian.

sumber: sempoihosting

 

Facebook Comments

rashid

Leave a Reply

Your email address will not be published.